Sabtu, 10 Julai 2010

Kelas Blog 11 Julai 2010

Pada hari ini seramai 9 orang pelajar tingkatan 5 hadir di dalam kelas blog yang dikendalikan oleh Ust Mohd Fadzil Ibrahim. Mereka mempelajari teknik asas dalam pembinaan BLOG. Kelas dimulakan dengan pengenalan blog kemudian mereka dikehendaki mendaftarkan blog masing-masing sebelum dapat memulakan pembinaan blog. Pada step ini para pelajar menghadapi sedikit masalah apabila pihak Google mensyaratkan pengesahan secara Voice Call. Akhirnya semua pelajar berjaya membina blog mereka.